Tuesday, February 26, 2008

Bingkisan terakhir adinda untuk kekanda

Disuatu ceruk kampung…bermulanya ceritera, ceritera terindah kehidupan sekeluarga ayah,emak, abg, adik..tinggal mereka sekeluarga penuh kegembiraan…
Mereka sekeluarga hidup kais pagi mkn pagi, kais ptg makan ptg….walaupun hidup dalam kesempitan, tidak pula mereka merungut dgn nasib yg menimpa…
Abg selalu bercerita tentang kejayaannya…jadi macam abg tau..jadilah org yg berguna, jadilah org boleh dibanggakan, ingatlah adikku…

Pesan si abg pada adik, belajarlah rajin2..tuntutlah ilmu sebagai bekalan hidup didunia dan juga di akhirat. Adik mendengar sambil berkata, adik mahu berjaya mcm abg, cukupla kata2 semangat dan doa dari abg untuk adik…insyaAllah adik akan ingat selama-lamanya selagi Allah memberi kesempatan hidup didunia ini. Abg hanya tersenyum memandang adiknya sebab dia tahu adiknya sgt manja.
Hari berganti hari, masa berlalu begitu pantas…Ya Allah cepatnya masa ini berlalu.
“Demi masa manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali org2 yg beriman dan yg beramal soleh”….

Kata-kata abg menjadi ingatan untuk selamanya… hidup ini rupanya hanya pinjaman sementara, sekelip mata saje boleh berubah, semoga apa yg adik tidak ketahui menjadi kebaikan disuatu hari nnt…
Abg pergi untuk selamanya……..sejak itu setiap hari adik hanya bersedih.
Adik hanya tahu menangis saje, bila berbual adik lebih byk mendiamkan diri drpd bercakap, makan minum pun tidak terurus lagi, makan pun bila dah jatuh sakit je tapi dalam hati hanya Allah saja yg mengetahuinya. Benarlah semua ini mengejar erti kehidupan.

Suatu malam, ditengah malam penuh ketenangan adik bangkit dari tidur..termenung dan menangis teresak-esak, dalam hati berkata alangkah baiknya klu aku solat tahajjud ketika ini….adik trus berwudu’ solat tahajud dan solat taubat. Adik berdoa teresak-esak sambil berkata “ Ya Allah jika apa yg telah terjadi ini baik untuk diriku, kehidupanku dan agamaku, aku redha atas ketentuanMu, Engkau Maha Mengetahui apa yg tidak aku ketahui, ampunkanlah dosaku, terimalah taubatku, jadikanlah aku antara hambamu yg istimewa disisiMu dan jadikanlah hati ini sentiasa dekat padaMu, mengingatiMu” amin.

Adik terus menangis, crying until morning…pagi yg cerah adik pandang ke langit perhatikan dunia ini dengan hati yg sentiasa bersyukur diberikan kesempatan untuk bernafas lagi, tidak tahu untuk berapa lama lagi tetapi yang pasti hati ini sentiasa berdoa semoga jika nyawa ini diambil, ambillah nyawa dalam iman yg teguh.

Final exam baru bermula..Ya Allah betapa risaunya hati ini untuk menjawab exam akan adik hadapi..dalam hati adik tidak putus-putus berdoa “Ya Allah permudahkanlah aku menjawab, bgla ketenangan bagiku sehingga selesai examku, inilah kali terakhir aku berada di dewan ini jika Kau permudahkan jalan bagiku”. Doa seribu dinar yg sentiasa diamalkan menitip dibibir kecilku, tidak akan aku berputus asa daripada rahmat dan kemurahanNya yg amat luas..

Alhamdulillah, finally…adik berjaya mendapatkan segulung ijazah yg bermakna bagi diri adik. Ya Allah syukurnya atas nikmat yg Kau berikan.
Andainya adik dapat berkongsi kegembiraan dgn abg…abg pasti bangga dgn adik ”Ya Allah jika apa yg telah terjadi ini adalah kebaikan untukku supaya aku lebih dekat padaMu, syukurnya aku atas nikmatMu, jadikanlah aku hambaMu yg sentiasa mengingatiMu, bersyukur atas nikmatMu, Subhanallah nikmatMu amat luas sekali..”
Hanya doa yg dapat adik titipkan untuk abg…ketahuilah Allah’s love has no limit, His Grace has no measure and His power has no boundary and I always pray you for Allah’s endless blessings today and always….amin
There is a reason for everything and leave the rest to God.


-1109-

No comments: