Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal
yang kematian ibu selepas
Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu
workaholic dan tak Kahwin2 lagi.
Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun
cuma tinggal bersama pengasuh je.
Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal,
dia masih berjalan kaki.
Pengasuhnya mengadu kepada bapanya.
"Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan?
Dia Tak ada basikal...apa tuan tak segan?" Lantas...... si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan si anak cuma bagitau,
"Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..." Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih?"
"Tak perlulah saya terangkan kenapa.
Kalau papa ada duit, belikan itu je." Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2,
so bapanya terima je. maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru
dan terkini masa tu, yang paling canggih,
ditambah dgn bola hitam dan bola putih. Masa berlalu…
kemudian si anak masuk Sek.Rendah.
Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan,
budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya.
Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya disimpan di dlm stor..
Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa.
Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi.
"anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu?
Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je...".
Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak..
Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda.
Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?" Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih. Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men.
Cerita sama berulang. Sekarang kawan2nya main permainan lain- main roller blade.
musim rollerblade melanda kwasan tempat tinggal nya.
Trend baru.... Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya. Lepas bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda,
si bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat banyak, keluar negeri lagi tu......Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman.
Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru b
ersama secebis nota: "Biar kamu tak malu". Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota tersebut berbunyi:
"Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakan nya."
"Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu.
Apalah istimewanya bola itam dan bola putih!!? Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu...hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya.
Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya.. Secebis nota juga ditinggalkan di ruang kerja si bapa..
"trima kasih byk2 papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih"
Masa berlalu.... Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas, member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah.
Suatu hari, ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut.
Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak.
Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan anaknya!
Maka ditawarkan Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal.
Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis,
lagipun si anak cuma inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berbincang.
Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah pula dgn bola hitam dan bola putih semestinya!! . Tetapi si bapa masih kesal...
Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam & bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih!
Dan Si anak pula tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam & bola putih.. Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti.
Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru.
Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor je. S
ehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari?
kenapa naik motoooooor jeeeee.. Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut:
abis bapanya tak belikan bola hitam bola putih.
Tak faham perasaan anak sendiri! Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So, selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya kpd si bapa,
kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih? Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu..huh..sampai awek anak aku pun tanya...
bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang di tanya?.
Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!! Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih. Nak buat apa lagii..., fikir si Papa.
Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anakmya itu,
maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya. Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit bukau menaiki Ferrari untuk brsiar2.
Yelah, anak muda kan , ketika tenang memandu si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah dan terus accident!!! Mereka segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat.
Si bapa tiba di Hospital.."macamman a doktor, anak saya?" Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya... sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."
Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya.
"Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu.." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan.
Si bapa cuba menenangkan dia...akrablah dua manusia itu beberapa saat.
sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya... Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih" "Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk.....
sehingga kamu sering kesepian..maafkan papa, nak. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang baik." Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"tak mengapa papa, saya faham..
Cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2....
saya cuma minta bola hitam dan bola putih je kan ?
" Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudah tepat..,
"KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?"
(anda semua pun ingin tahu kan .....?) Si anak menjawab dengan nada terputus putus kerana sudah tidak dapat bertahan dan masanya sudah hampir tiba....
"sebabnya ....saya.. saya... saya...." *hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum sempat memberitau bapanya tentang bola hitam & bola putih...
Tengok, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau..
.apalagi aku yang cuma bercerita, lagi la tak tau ape ape.
MACAMMANA NI? Kecewa jugak nih. Isk!Isk! Isk!........ ..
Rasa nak tumbuk je perut orang yang mula-mula forward kat aku.
Showing posts with label cerita. Show all posts

Tuesday, February 26, 2008
seiklas kasih yang abadi!
Seikhlas kasih sayang yang abadi!
Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.
Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi
keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.
Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar
melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah.
Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.
"Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil
mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah
tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,
hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,
lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun air
mata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu
sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan
kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya
yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup
tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang
mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku
yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu
berkata, "Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!"
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.
Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan
aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke
sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran
ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di
ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita
cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak. "Di
mana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah
dan ibu. "Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!"
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan
> merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang
mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana
persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa
keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala
menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia
membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas
pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang
tercatat.....
"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari
kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia
cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk
ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada
pemuda kampung tunggu kau kat luar!"
"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri
dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut
orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa
yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup
tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas
bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli
apa orang lain kata."
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.
Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai
gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya
dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.
Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
"Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya
luka-luka."
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit
ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan
serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk
bekerja keras."
Apalagi...aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan
menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik
ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan
kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah
tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung,
juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"
Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas
menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke
sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya
memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada
saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat
kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa
saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya
sampai bila-bila."
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik
sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Bingkisan terakhir adinda untuk kekanda
Disuatu ceruk kampung…bermulanya ceritera, ceritera terindah kehidupan sekeluarga ayah,emak, abg, adik..tinggal mereka sekeluarga penuh kegembiraan…
Mereka sekeluarga hidup kais pagi mkn pagi, kais ptg makan ptg….walaupun hidup dalam kesempitan, tidak pula mereka merungut dgn nasib yg menimpa…
Abg selalu bercerita tentang kejayaannya…jadi macam abg tau..jadilah org yg berguna, jadilah org boleh dibanggakan, ingatlah adikku…
Pesan si abg pada adik, belajarlah rajin2..tuntutlah ilmu sebagai bekalan hidup didunia dan juga di akhirat. Adik mendengar sambil berkata, adik mahu berjaya mcm abg, cukupla kata2 semangat dan doa dari abg untuk adik…insyaAllah adik akan ingat selama-lamanya selagi Allah memberi kesempatan hidup didunia ini. Abg hanya tersenyum memandang adiknya sebab dia tahu adiknya sgt manja.
Hari berganti hari, masa berlalu begitu pantas…Ya Allah cepatnya masa ini berlalu.
“Demi masa manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali org2 yg beriman dan yg beramal soleh”….
Kata-kata abg menjadi ingatan untuk selamanya… hidup ini rupanya hanya pinjaman sementara, sekelip mata saje boleh berubah, semoga apa yg adik tidak ketahui menjadi kebaikan disuatu hari nnt…
Abg pergi untuk selamanya……..sejak itu setiap hari adik hanya bersedih.
Adik hanya tahu menangis saje, bila berbual adik lebih byk mendiamkan diri drpd bercakap, makan minum pun tidak terurus lagi, makan pun bila dah jatuh sakit je tapi dalam hati hanya Allah saja yg mengetahuinya. Benarlah semua ini mengejar erti kehidupan.
Suatu malam, ditengah malam penuh ketenangan adik bangkit dari tidur..termenung dan menangis teresak-esak, dalam hati berkata alangkah baiknya klu aku solat tahajjud ketika ini….adik trus berwudu’ solat tahajud dan solat taubat. Adik berdoa teresak-esak sambil berkata “ Ya Allah jika apa yg telah terjadi ini baik untuk diriku, kehidupanku dan agamaku, aku redha atas ketentuanMu, Engkau Maha Mengetahui apa yg tidak aku ketahui, ampunkanlah dosaku, terimalah taubatku, jadikanlah aku antara hambamu yg istimewa disisiMu dan jadikanlah hati ini sentiasa dekat padaMu, mengingatiMu” amin.
Adik terus menangis, crying until morning…pagi yg cerah adik pandang ke langit perhatikan dunia ini dengan hati yg sentiasa bersyukur diberikan kesempatan untuk bernafas lagi, tidak tahu untuk berapa lama lagi tetapi yang pasti hati ini sentiasa berdoa semoga jika nyawa ini diambil, ambillah nyawa dalam iman yg teguh.
Final exam baru bermula..Ya Allah betapa risaunya hati ini untuk menjawab exam akan adik hadapi..dalam hati adik tidak putus-putus berdoa “Ya Allah permudahkanlah aku menjawab, bgla ketenangan bagiku sehingga selesai examku, inilah kali terakhir aku berada di dewan ini jika Kau permudahkan jalan bagiku”. Doa seribu dinar yg sentiasa diamalkan menitip dibibir kecilku, tidak akan aku berputus asa daripada rahmat dan kemurahanNya yg amat luas..
Alhamdulillah, finally…adik berjaya mendapatkan segulung ijazah yg bermakna bagi diri adik. Ya Allah syukurnya atas nikmat yg Kau berikan.
Andainya adik dapat berkongsi kegembiraan dgn abg…abg pasti bangga dgn adik ”Ya Allah jika apa yg telah terjadi ini adalah kebaikan untukku supaya aku lebih dekat padaMu, syukurnya aku atas nikmatMu, jadikanlah aku hambaMu yg sentiasa mengingatiMu, bersyukur atas nikmatMu, Subhanallah nikmatMu amat luas sekali..”
Hanya doa yg dapat adik titipkan untuk abg…ketahuilah Allah’s love has no limit, His Grace has no measure and His power has no boundary and I always pray you for Allah’s endless blessings today and always….amin
There is a reason for everything and leave the rest to God.
-1109-

Subscribe to:
Posts (Atom)