Saturday, March 1, 2008

HATI DAN PERASAAN

HATI DAN PERASAAN

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang
yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya
apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita
akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat
pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut..
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang
lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang
pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan
kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan
untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang kita boleh
duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata
apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan
bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah
dialami.
Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang
telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan
juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita
rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta bukanlah satu
kepastian yang mereka akan menyintai kita kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan
sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi
sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di
dalam hati kita.
Ia cuma mengambil masa seminit
untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk
menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai
seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup
untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi
ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.
Carilah seseorang yang membuatkan kita tersenyum
kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk
mencerahkan hari yang suram.
Carilah yang membuatkan
hati kita tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam
kehidupan apabila kita teramatkan rindukan seseorang
sehingga kita ingin menggapainya dari mimpi kita dan
memeluknya dengan sebenar.
Mimpilah apa yang ingin
kita mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin kita
tujui dan jadilah apa yang kita inginkan kerana kita hanya
memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan
semua perkara yang ingin kita lakukan.
Semoga kita memiliki kebahagiaan yang cukup untuk
membuatkan diri kita menarik, percubaan yang cukup untuk
membuatkan kita kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan
kita adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk
membuatkan kita bahagia.
Selalu bayangkan diri kita
di dalam kasut seseorang.Jika kita rasa ianya menyakitkan,
fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam
memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik
dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup
mereka.
Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,
mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka
yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai
kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.
Cinta bermula
dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan
berakhir dengan tangisan.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang
lalu yang telah dilupakan. kita tidak boleh meneruskan
kehidupan dengan sempurna sehingga kita melupakan kegagalan dan
kekecewaan masa silam.
Semasa kita dilahirkan, kita menangis dan orang di
sekeliling kita tersenyum. Teruskanlah hidup supaya
apabila kita mati nanti, kitalah yang akan tersenyum dan
orang sekeliling kita pula yang akan menangis.

No comments: