Sunday, March 2, 2008

Mengaku secara sedar kehabatan diri kunci kejayaan

Anak kunci kepada kejayaan adalah terus melakukan perubahan positif dan ia bermula dengan mengenali diri. Cabaran untuk mengenal diri bermula dengan memahami dan menerima diri kita. Ia bukan bermaksud kita tidak boleh memperbaiki diri kita. Jika kita tidak cukup baik, kita mesti belajar bekerja lebih kuat, berubah menjadi lebih baik dan sentiasa memperbaiki diri kearah yg lebih baik.

Sering kali kita mencari faktor luaran dan percaya bahawa kita kekurangan kasih sayang, ilmu, kejayaan dan kepuasan. Jarang sekali kita mengaku secara sedar bahawa tenaga atau kuasa hebat itu berada dalam diri kita. Cabaran kita sebagai manusia adalah untuk sedar apa yang sekarang ini berada dibawah sedar.
Setiap insan dilahirkan dengan pelbagai potensi berjaya seperti firman Allah yang bermaksud
“ sesungguhnya kami mencipta insan dalam bentuk penciptaan yang tebaik”
(surah at-Tin, ayat 4)

Kita dilahirkan dengan anugerah, kebolehan, kekuatan dan keperibadian tersendiri yang menjadikan kita unik dan berbeza daripada orang lain. Sepanjang kehidupan, kita juga memperoleh pelbagai kemahiran dan ilmu yang membolehkan kita menjalani kehidupan dengan cara tersendiri.

Bila kita mengenali diri, kita akan kurang terikat kepada diri dan keunikan akan terserlah. Kita juga akan menjalani hidup dengan menggunakan potensi diri secara optimum. Nur hidayah Allah sentiasa menerangi seluruh alam dan hambanya.
Firman Allah yang bermaksud “ Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah dan petunjuk Allah (kitab suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah misykaat yg berisi sebuah lampu; lampu itu adalah gelok kaca, gelok kaca adalh laksana bintang yg bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak daripada pokok yg banyak manfaatnya; iaitu pokok zaitun yg bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja turunnya; hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinar nur hidayah yg demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda) : cahaya berlapis cahaya, Allah memimpin sesiapa yg dikehendakinya (menurut undang2 dan peraturannya) kepada nur hidayahnya itu; dan Allah mengemukakan pelbagai perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap2 sesuatu” (Surah an-Nur, ayat 35)

Penghalang kepada perubahan dan kemajuan diri adalah kita sendiri. Oleh itu, antara kejayaan diri adalah berdoa, berzikir, bersembahyang, bertafakur, melakukan muhasabah diri dan menggilap hati. Ia bagi memastikan hidayah Allah dapat menembusi diri kita dan tidak terhalang oleh hati gelap.

No comments: